Kelander Rasmi Aktiviti BPSM
Posted by BPSM JKMM
Posted on 10:04:00 am |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DYMM TUANKU RAJA PERLIS
Posted by BPSM JKMM
Posted on 10:23:00 am |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA SUB
Baru-baru ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah mengadakan jamuan makan malam pada 23 Januari 2013 bertempat di Bilik Bendahari 2, Ramada Plaza Hotel. Jamuan tersebut diadakan atas keprihatinan Setiausaha Bahagian (SUB) PSM, Encik Roslan bin Mat Nong meraikan dan menghargai usaha serta kerjasama yang ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan BPSM dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.
Dalam majlis tersebut, Encik Roslan telah menyampaikan cenderahati kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir. Cenderahati penghargaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah berjaya mengharumkan nama BPSM di peringkat jabatan, negeri dan kebangsaan.
Posted by BPSM JKMM
Posted on 4:35:00 pm |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ANJURKAN :MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI (MAPAN) TAHUN 2012
Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN)
Tahun 2012 telah diadakan bertempat di Hotel Renaissance Melaka. Majlis ini
merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan telah diurusetiakan oleh Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Majlis bertemakan
‘Nostalgia Getaran Jiwa’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri
Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut
adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman bin Muhammad,
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar bin Kaseh, Exco Kerajaan
Negeri dan Ketua-ketua jabatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)