Kelander Rasmi Aktiviti BPSM







Sesebuah Organisasi pada kebiasaannya berkait rapat dengan pengurusan syarikat. Bila menyentuh tentang pengurusan oerganisasi, banyak pekara yang perlu dititik beratkan seperti Misi dan Visi, Strategi, Pelan Pemasaran, Produk, Khidmat Pelanggan sehinggalah Pengurusan Pekerja.

 Semua aspek di atas perlu diuruskan oleh organisasi yang cemerlang. Apa faktor utama dalam penghasilan organisasi cemerlang? Sudah tentu kakitangannya. Kakitangan yang bagus akan menyelamatkan sesebuah organisasi sama ada dari sudut pengurusan, pelan perancangan, kawalan kualiti, khidmat pelanggan dan sebagainya. Mereka dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dengan kreativiti mereka.

Bagaimana Untuk mendapatkan Orang yang bagus dalam organisasi dan apa yang syarikat perlu buat?



Terdapat 5 Kunci Utama dalam menguruskan Organisasi yang cemerlang

aa)     Upah orang yang betul

-Permasalahan yang sering berlaku di mana-mana syarikat kini ialah mereka mengambil pekerja dengan cara “KABEL” dalam maksud lain bantuan orang dalam. Ianya adalah tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak meneliti sepenuhnya kemampuan pekerja tersebut. Secara Keseluruhannya pengambilan pekerja melalui cara itu tidak salah asalkan pekerja tersebut benar-benar memiliki status yang benar-benar layak untuk mengisi jawatan tersebut.

bb)    Beri Mereka Kelengkapan Yang baik untuk melakukan Kerja

-Kita sebagai majikan hendaklah bersikap terbuka dan cubalah letakkan diri anda di tempat mereka yang di bawah anda. Fikirkan dan teliti dengan khususnya apa yang mereka perlukan untuk menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanya diri anda samaada  kelengkapan yang anda sediakan memenuhi keperluan mereka.

cc)    Berikan Maklum Balas Positif

-Ini adalah antara pekara yang terpenting dalam sesebuah organisasi. Sebagai majikan anda seharusnya memberikan maklum balas yang baik terhadap tugas yang dilakukan oleh para pekerja anda. Ianya amat penting dalam meningkatkan produktiviti mereka. Sebagai pekerja mereka sentiasa ingin tahu adakah mereka laukan kerja dengan baik, adakah kerja yang dibuat dilaksanakan dengan jayanya.

dd)   Bangunkan Mereka

- Organisasi atau syarikat bukanlah sesuatu entity yang boleh berkembang secara sendirinya. Mungkin peningkatan produktiviti, peningkatan tahap efisen, peningkatan keuntungan  dan sebagainya menampakkan sesebuah organisasi kelihatan berkembang.
Faktor utama sesebuah organisasi dalam mencapai tahap tersebut adalah orang di dalamnya. Sebagai majikan, sentiasalah bagunkan para pekerja dengan pelbagai pendekatan seperti motivasi diri dan sentiasa beri peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba pekara baru.


ee)    Hargai Mereka

-Sebagai majikan, pernahkah anda terfikir sebab utama kenapa pekerja meletakkan jawatn. Ianya kerana pengurusan yang tidak efektif dan majikan yang tidak memikirkan kebajikan pekerja.Mereka akan terus setia bekerja jika berada di bawah pengurusandan kepimpinan yang cemerlang. Fahamilah keperluan mereka, iktiraf dan berilaj mereka anugerah atas kejayaan mereka.Tunjukanlah bahawa mereka begitu penting dalam organisasi tersebut.


Inilah antara faktor bagaimana untuk memastikan sesebuah organisasi yang cemerlang. Satu tip yang perlu disematkan di dalam diri setiap insan, tanamkan rasa bahawa kita saling memerlukan antara stu sama lain. Hargai mereka sebagai satu organisasi dan bukannya orang bawahan.


sumber : http://wanwma.com/soal-jawab/ciri-ciri-organisasi-cemerlang/

Categories:

1 comment:

  1. Bagus...saya sokong..ini adalah satu info yang amat berguna..Terima kasih.. :)

    ReplyDelete

Unordered List