Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Showing posts with label Unit Inovasi. Show all posts
Showing posts with label Unit Inovasi. Show all posts
Pada 2 hingga 3 Julai yang lalu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mewakili Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi Regional Convention On Team Exellence 2013 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Shah Alam Convention Centre.

Sekali lagi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengukir nama di peringkat Wilayah Tengah dengan memenangi Anugerah Emas dan melayakkan mereka ke peringkat kebangsaan Oktober nanti.

Pencapaian yang diperolehi 3 tahun berturut-turut ini memberi tiupan semangat kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk terus membuat penambaikan dan melakasanakan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dengan cemerlangnya.

Pasukan dari BPSM diwakili oleh 5 orang ahli kumpulan dan 3 orang urusetia memberi persembahan yang terbaik dan memberi penjelasan yang jelas terhadap penerapan Persekitaran Berkualiti 5S di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan perluasan serta perkongsian ilmu yang diberikan kepada Jabatan/Agensi di Negeri Melaka menjadikan persembahan BPSM unik di mata juri seterusnya melayakkan BPSM ke Peringkat Kebangsaan.

Dari dorongan, sokongan dan doa seluruh warga BPSM khususnya dan JKMM amnya, memberi semangat kepada untuk BPSM terus menerus menempa nama di pentas akhir Konvensyen Persekitaran Berkualiti QE/5S

Panel dari MPC bersama Kumpulan BPSM


Ahli Kumpulan BPSM

Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Hotel Equatorial Cameron Highland, Pahang selama 4 hari bermula pada tarikh 16/06/2013 sehingga 19/06/2013. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK), Tuan Haji Mohamad Salleh Bin Ismail yang juga selaku pengerusi majlis. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengekalkan pencapaian prestasi 5 Bintang pada tahun 2011.

































Kunjung hormat yang julung kali diadakan, salah satu usaha MPC bagi aktiviti turun padang untuk melihat sendiri pelaksanaan terkini Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Jabatan Ketua Menteri Melaka.Sesi lawatan setengahari ini akan dimulakan dengan lawatan mesra ke 3 Bahagian dan diakhiri dengan kunjung hormat oleh Ketua Pengarah MPC YBhg Dato Mohd Razali Hussain  kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Y.B Datuk Wira Omar bin Kaseh.
Posted by BPSM JKMM Posted on 11:00:00 am |

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ANJURKAN KEMPEN BEBAS HABUK

AYUH BERSAMA-SAMA PERANGI HABUK!


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
 SEDANG MENGADAKAN 

KEMPEN BEBAS HABUK...

AYUH BERSAMA-SAMA PERANGI HABUK!


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan pada 14 Mac 2013. SUK Melaka telah membawa rombongan dari SUK Kelantan untuk makan malam bersama di Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Selesai makan malam, rombongan SUK Kelantan dibawa menikmati pemandangan waktu malam sepanjang Sungai Melaka.

















Unordered List