Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Showing posts with label UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN. Show all posts
Showing posts with label UNIT PEMBANGUNAN MODAL INSAN. Show all posts
Pada 4 Julai 2013, Inspektorat Keselamatan Perlindungan telah diadakan di Pentadbiran ini oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka. Hasil dari sesi Audit berkenaan pentadbiran ini telah menerim beberapa teguran dalam pengurusan keselamatan dokumen dan peribadi.

Sebagai langkah penambaikan, Bengkel Arahan Keselamatan dan Pelaksanaannya, telah diadakan pada hari ini di Bilik Tun Fatimah Blok Bentara yang dihadiri oleh kesemua pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai langkah pendedahan kepada mereka untuk mengendalikan dokumen terperingkat dan akta rahsia rasmi kerajaan. Selain itu menjadi salah satu usaha meningkatkan kualiti keselamatan perlindungan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bengkel setengah hari itu yang di kendalikan sendiri oleh Penceramah dariapada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka telah menyetuh berkeanaan keselamatan fizikal dan peribadi serta tatacara keselamatan dokumen.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat memberi lebih pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk lebih berkualiti dan melindungi rahsia kerajaan dengan selamat.



Sekitar Bengkel Arahan Keselamatan dan Pelaksanaannya
KERATAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 1 JUN 2013


MELAKA 31 Mei - Suasana sedih menyelubungi Majlis Sanjungan Budi sewaktu seorang remaja perempuan yang dipaparkan melalui tayangan montaj menceritakan mengenai keperibadian bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Keadaan menjadi sunyi sepi seketika ketika remaja tersebut sambil menitiskan air mata menggambarkan Mohd. Ali Rustam sepanjang 13 tahun menjadi Ketua Menteri sejak 1999 adalah antara pemimpin yang disanjung tinggi.

Remaja berkenaan menggambarkan bekas Ketua Menteri kesembilan itu sukar dicari ganti kerana usaha gigihnya membantu rakyat daripada lapisan masyarakat menjadi rutin harian hidupnya hingga tidak mempedulikan keluarganya sendiri.

Tayangan montaj selama lima minit itu menyentuh perasaan tetamu kehormat antaranya Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron serta isteri, Datin Fadilah Abdullah.
Dalam majlis itu, Mohd. Ali turut ditemani isterinya, Datin Seri Asmah Abdul Rahman sempena majlis perpisahan beliau selain Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen.

Majlis Sanjungan Budi yang diadakan di Dewan Seri Negeri itu turut dihadiri seluruh kakitangan di pejabat Ketua Menteri, ketua-ketua jabatan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen.
Selain Mohd. Ali dan Omar, turut diraikan dalam majlis itu ialah bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Yaakub Md. Amin, Datuk Seet Har Cheow, Datuk Ab. Karim Sulaiman, Datuk Gan Tian Loo dan Datuk R. Perumal.

Turut diraikan bekas ADUN yang tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 iaitu Datuk Tahir Hasan (Paya Rumput), Mohd. Yazed Khamis (Rim) dan Datuk Chua Kheng Hwa (Bemban).
Selain itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusop dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Fong Chan Ong.

Sementara itu, Shafinah Ahmad, 24, yang bertindak jujur memulangkan wang tunai berjumlah RM11,000 yang ditemui di sebuah bilik penginapan di hotel tempatnya bekerja menerima penghargaan berupa wang tunai RM1,000 dan sijil daripada kerajaan negeri.

Mohd. Khalil turut menyampaikan cenderahati kepada semua yang diraikan termasuk isteri masing-masing.
Sementara itu, Mohd. Ali dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan di Seri Negeri kerana telah memberikan kerjasama sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri sejak 1999.
"Saya minta seluruh kakitangan awam untuk memberi sokongan padu kepada Idris sebagai Ketua Menteri baharu dalam usaha beliau untuk membangunkan Melaka," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu seluruh rakyat terus memberi kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memerintah negeri ini. "Rakyat perlu percaya hanya kerajaan BN sahaja yang berjiwa rakyat dan oleh itu, berilah sokongan kepada Ketua Menteri baharu untuk mengemudi Melaka," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


KERATAN AKHBAR MELAKA HARI INI BERTARIKH 1 JUN 2013





Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Institut Pengurusan Integriti Melaka (INSPIM) telah  menganjurkan Program Transformasi Minda (PTM) Siri 3 tahun 2013 pada 14 Mei 2013 hingga 21 Mei 2013 bertempat di Hang Tuah World Heritage Hotel, Melaka. Program ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan  Bil.14 Tahun 2012 bagi menggantikan Kursus Induksi Umum untuk tujuan pengesahan jawatan dalam perkhidmatan bagi pegawai dan kakitangan lantikan baru bertaraf tetap. Peserta bagi program ini adalah seramai 83 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri Melaka.

Program PTM ini juga merangkumi modul ceramah yang akan dibentangkan oleh penceramah-penceramah jemputan yang terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,  Institut Integriti Malaysia (IIM), Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)  dan lain-lain. Modul yang disampaikan adalah berkait rapat dengan peraturan, garis panduan dan perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam.

Selain itu, peserta-peserta PTM juga didedahkan kepada program khidmat masyarakat atau lebih dikenali sebagai "Community Service Responsibility" (CSR). Program CSR adalah bertujuan mendekatkan para peserta kepada program-program kemasyarakatan bagi membantu meringankan beban masyarakat. Program ini juga dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta PTM bahawa masih terdapat sebilangan kecil masyarakat yang hidup serba kekurangan dalam kemodenan dan kemajuan pada masa kini.

Peserta PTM telah menjayakan program CSR pada 19 Mei 2013 jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang di rumah Puan Munah binti Samad di Kampung Bukit Beruang, Melaka bersama ahli Jawatankuasa Kampung yang lain. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pembersihan sekitar kawasan luar dan dalam rumah. Para peserta turut menyumbang barangan keperluan harian seperti kipas, rak pinggan-mangkuk serta barangan keperluan dapur. Encik Roslan Bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka telah berbesar hati menyumbangkan sebuah sinki dapur buat Puan Munah sekeluarga. Sumbangan-sumbangan yang telah diberikan mampu memberikan keluarga Puan Munah menikmati keluarga yang lebih selesa.

            Program CSR yang telah dianjurkan ini dilihat mampu menerapkan kepada peserta selaku penjawat awam sikap peka dengan keadaan masyarakat sekeliling seiring dengan hasrat Ketua Setiausaha Negara iaitu "Merakyatkan Perkhidmatan Awam" dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan. Justeru, melalui Kursus PTM dapat melahirkan modal insan yang berdaya tahan, pro-aktif dan kompetitif  di negeri Melaka khususnya.








          Pada 4 April 2013, Melaka sekali lagi akan mencipta sejarah dengan perhimpunan terbesar terdiri  lebih 3000 peserta daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negeri Melaka. Jemputan yang telah di keluarkan sebanyak lebih 2000 jemputan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Belia dan Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan/ Agensi, Badan Siasah dan Pemimpin Masyarakat, Kumpulan Profesional Muda dan Pemimpin Mahasiswa, Persatuan Permuafakatan Ibubapa dan Guru, serta kakitangan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka dan Badan Berkanun negeri Melaka. 
        Majlis yang akan disempurnakan oleh YAB ketua Menteri Melaka ini, akan di  serikan dengan ceramah oleh YB Dato' Hj Ahmad bin HJ Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertajuk , Kepimpinan & Pencapaian Malaysia Menuju Negara Maju seterusnya diserikan lagi dengan ceramah oleh YBhg. Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamzah  bertajuk Kepentingan Menyokong Permuafakatan Melalui Gagasan 1 Malaysia.
             Majlis ini adalah hasil kerjasama, Kerajaan Negeri Melaka dan Biro Tatanegara serta di selaraskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jabatan Ketua Menteri Melaka, ini adalah betujuan menjelaskan lagi tentang gagasan 1 Malaysia, Dasar Transformasi Nasional dan Negara Maju berpendapatan tinggi yang sedang diusahakan kini. Selain itu, bagi mendapatkan maklumbalas tentang dasar-dasar negara "Untuk Masa Depan Rakyat".
             Diharapkan dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kaum dan masyarakat di Negara ini amnya dan Negeri khususnya. Majlis sebegini juga diharapkan menjadi penghubung antara kerajaan dan NGO dalam mengetengahkan sebarang isu bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir dari dasar pembangunan negara. Hal sebegini adalah terbuka kepada kepada semua termasuk kepada individu mirip pembangkang.



Semua Rakyat Negeri Melaka, dijemput hadir ke majlis seperti ketentuan diatas.

Unordered List