Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Baru-baru ini Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah mengadakan jamuan makan malam pada 23 Januari 2013 bertempat di Bilik Bendahari 2, Ramada Plaza Hotel. Jamuan tersebut diadakan atas keprihatinan Setiausaha Bahagian (SUB) PSM, Encik Roslan bin Mat Nong meraikan dan menghargai usaha serta kerjasama yang ditunjukkan oleh pegawai dan kakitangan BPSM dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan.


   
Dalam majlis tersebut, Encik Roslan telah menyampaikan cenderahati kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir. Cenderahati penghargaan juga diberikan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah berjaya mengharumkan nama BPSM di peringkat jabatan, negeri dan kebangsaan.







Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama SUB. Diharapkan amalan ini diteruskan demi kesinambungan ukhwah silaturrahim.





Categories:

Unordered List