Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Showing posts with label Hari Keluarga Penjawat Awam. Show all posts
Showing posts with label Hari Keluarga Penjawat Awam. Show all posts
Bagi mempromosikan RTC Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telahpun menganjurkan Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka Tahun 2013 di sana. Pelbagai aktiviti menanti anda semua khususnya Penduduk di sekitar Kuala Linggi Melaka. Antara aktivti yang diadakan adalah pameran, riadah, kesenian, hiburan dan pemeriksaan kesihatan sebagai daya tarikan sempena Hari Keluarga ini.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah dipertanggungjawabkan bagi mengadakan Pameran Agensi Kerajaan Negeri di Bangunan LKIM RTC Melaka berlangsung sepanjang 3 hari (29 hingga 31 Mac 2013) sempena Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2013. Agensi-agensi yang akan mengadakan pameran adalah seperti berikut :
  1.  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 
  2.  Kumpulan Melaka Berhad dan Anak-anak Syarikat
  3. Jabatan Penerangan Negeri Melaka
  4. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka
  5. Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka
  6. Hong Leong Bank
  7. Bahagian Komunikasi Korporat
  8. TM Net
  9. Pusat Zakat Melaka Berhad
  10. Bahagian Rumahku Syurgaku
  11. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
  12. Jabatan Pelajaran Melaka
  13. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melaka
  14. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka
  15. Nak Niaga Enterprise (MARDI)
  16. Janji Gitu (MARDI)
  17. Unit Penyelidikan Pembangunan (R&D), Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan
  18. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
Program akan bermula pada jam jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Pastinya menjanjikan kemeriahan dan kehangatan sepanjang hari.

BERSAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN SUASANA DISANA


Unordered List