Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Showing posts with label Unit Pemantauan Prestasi dan Tatatertib. Show all posts
Showing posts with label Unit Pemantauan Prestasi dan Tatatertib. Show all posts

Amaran JPA: Penjawat awam masih berpolitik bakal berhadapan tindakan

KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.


Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.

“Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.

Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat.

Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan.

Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini.

“Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak,” jelas beliau. 

– Bernama 

1.         Pengenalan
Sesebuah organisasi diwujudkan untuk mencapai objektif tertentu. Pencapaian objektif tersebut sebahagian besarnya bergantung kepada peracangan kerja dan pengurusan sumber manusia yang berkesan. Pengurusan sumber manusia secara berkesan melibatkan proses pembangunan sumber manusia seperti mengenalpasti potensi, latihan dan komunikasi berkesan.
Ini boleh dilaksanakan melalui penilaian prestasi pegawai yang objektif, adil dan telus. Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam ini melibatkan proses penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), penilaian perlakuan dan pencapaian kerja pegawai dalam tempoh masa tertentu bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti sesebuah jabatan. Berikut adalah senarai Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) yang berkuatkuasa:-


2.         Tujuan
Sistem pengurusan prestasi perkhidmatan awam bagi sesebuah organisasi adalah bertujuan untuk memberi gambaran yang jelas berhubung peranan dan tanggungjawab individu di dalam organisasi dalam mengurus Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) seperti berikut:-

             2.1       Ketua Jabatan- 

Berperanan menetukan arah haluan matlamat dan sasaran kerja tahunan organisasi serta memberi penekanan kepada pembangunan kerjaya pegawai

                        2.2       Pegawai Yang Dinilai (PYD) –

Pegawai atau kakitangan di dalam sesebuah organisasi yang dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan.

                        2.3       Pegawai Penilai Pertama (PPP) –

Pegawai atasan atau penyelia yang terdekat kepada PYD dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya.  
                   
                        2.4       Pegawai Penilai Kedua (PPK) –

Pegawai atasan yang terdekat kepada PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh PPP sahaja.

                        2.5       Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) –

Dianggotai oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang anggota iaitu  Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan sebagai Pengerusi dan Timbalannya sebagai Ahli yang berperanan sebagai pihak yang mengesahkan markah penilaian prestasi, menentukan penempatan dan pembangunan kerjaya, bimbingan dan kaunseling, kelayakan untuk pergerakan gaji, pingat, bintang kebesaran dan surat penghargaan.

2.6  Urus Setia PPSM

Bahagian yang mengendalikan pengurusan personel sesebuah organisasi seperti Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan dan Bahagian Pentadbiran.

 3.         Ciri-ciri Sistem Penilaian Prestasi

            3.1    Penetapan SKT dan kajian semula pertengahan tahun;

            3.2    Penilaian prestasi yang objektif, adil dan telus;

            3.3    Pengiktirafan kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi;

3.4   Penetapan wajaran markah mengikut aspek penilaian prestasi yang bersesuaian dengan peranan setiap kumpulan pegawai;

3.5    Penggunaan lima (5) jenis borang LNPT mengikut kumpulan pegawai; dan

3.6    Peranan PPSM sebagai pihak yang memastikan penilaian dibuat dengan objektif, adil dan telus.

4.         Carta Aliran pusingan proses pengurusan penilaian prestasi:-

 5.         Jadual Aliran proses pengurusan penilaian prestasi:-


6.         Jenis borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT):-
i) JPA (Prestasi) 1/2002 –  Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama Sektor 
                                                Awam
ii) JPA (Prestasi) 2/2002 – Pengurusan Tertinggi (Gred Khas)

iii) JPA (Prestasi) 3/2002 – Pengurusan dan Profesional

iv) JPA (Prestasi) 4/2002 – Sokongan I

v) JPA (Prestasi) 5/2002 – Sokongan II


7.         Format Sasaran Kerja Tahunan (SKT):-
8.         Kategori Pencapaian Prestasi Pegawai




Sesi Konsultasi Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus telah dilaksanakan oleh Bahagian Keutuhan Pengurusan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 April 2013 bersama dengan pihak urus setia pelaksanaan Mesyuarat JKTU Peringkat Negeri iaitu Unit Tatatertib dan Pengurusan Prestasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM).

            Objektif perlaksanaan sesi konsultasi JKTU ini adalah sebagai memberi panduan dan teguran berhubung tahap keberkesanan dan pencapaian pelaksanaan mesyuarat JKTU di peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri oleh pihak urus setia yang terlibat selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 - Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus.

            Seramai tiga (3) orang pegawai daripada Bahagian Keutuhan Pengurusan, SPRM yang terlibat semasa sesi konsultasi tersebut iaitu seperti senarai berikut:-

i)          YM Raja Khan bin Raja Ahmad (Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya P54)
ii)         Encik Nohardy bin Mat Noh (Ketua Penolong Kanan Penguasa P38)
iii)        Puan Norrita binti Yaakob (Penolong Kanan Penguasa P32)

Beberapa aktiviti pengisian program sepanjang sesi konsultasi tersebut telah dilaksanakan seperti di dalam atur cara


Atur Cara Sesi Konsultasi JKTU
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka

9.00 – 9.30 pagi        -           Sesi Kunjungan Hormat Pasukan Konsultasi JKTU
kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

9.30 – 12.00 t/hari    -           Sesi Pembentangan pelaksanaan JKTU oleh Urus Setia
JKTU Negeri

12.00 – 1.00 petang -           Makan Tengahari

3.00 – 4.30 petang   -           Sesi Taklimat dan Perbincangan Isu JKTU oleh Pasukan
Konsultasi JKTU bersama Ketua-ketua Jabatan / Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri

8.30 – 10.00 malam -           Majlis Makan Malam sempena Sesi Konsultasi JKTU

Ketibaan Pasukan Konsultasi daripada Bahagian Keutuhan Pengurusan, SPRM disambut oleh 
urus setia Negeri



Mesyuarat sesi kunjung hormat di Bilik Mesyuarat Hang Jebat, Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri 



YB Datuk Wira menikmati hidangan ikan bakar bersama pegawai - pegawai SPRM   di Medan Selera Ikan Bakar Paramewara Umbai Melaka. 



Bergambar kenangan di Medan Selera Ikan Bakar Parameswara, Umbai Melaka

Pada 7 Mac 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN) bagi tahun 2013 yang bertempat di Hatten Hotel. Seramai 570 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 30 orang pesara menerima sijil bersara. Majlis turut sama dijayakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam yang hadir bersama isteri. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang untuk Anugerah Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori ICT, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori Bukan ICT dan Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka telah berjaya mempertahankan Anugerah Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sekaligus berjaya membolot hadiah wang tunai berjumlah RM5000 berserta piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat pertama Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori ICT juga telah dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui projek sistem e-XIT.












Unordered List