Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Showing posts with label Unit Projek Khas. Show all posts
Showing posts with label Unit Projek Khas. Show all posts

Hari ini, kami di BPSM akan berkongsi serba sedikit mengenai 8 faktor yang diperlukan oleh seorang pekerja. Lupakan dulu mengenai kenaikan pangkat dan gaji. Soal gaji tinggi bukan faktor utama pekerja akan melaksanakan tugas pada tahap yang terbaik. Komitmen, cara bekerja dan motivasi diri bukan bersandarkan pada gaji semata-mata. Untuk laksanakan tugas dan memahami apa yang diperlukan oleh sesebuah organisasi, pekerja sememangnya memerlukan 8 faktor ini. Dan mereka mengharapkan anda sebagai majikan untuk melaksanakannya.

  • KEBEBASAN

Bergantung kepada tahap tugas yang di berikan, para pekerja mempunyai pelbagai kaedah bagaimana untuk melaksanakan tugas itu. Setiap tugasan yang di beri menjanjikan hasil yang berlainan mengikut tahap komitmen yang di berikan oleh pekerja. Sebaiknya, berikan mereka kebebasan dan ruang untuk mereka curahkan idea dalam melaksanakan setiap tugasan mengikut cara yang mereka rasakan terbaik disamping turut menjanjikan hasil yang cemerlang kepda organisasi.

  • SASARAN

Meletakkan sasaran kepada sesuatu tugasan yang di lakukan akan mewujudkan kesedaran kepada pekerja akan pentingnya tujuan sesuatu tugasan itu. Majikan perlu tanamkan makna sebenar kenapa pekerja perlu lakukan sesuatu tugasan itu walaupun berulang kali. Pastikan mereka sedia maklum akan sasaran-sasaran organisasi anda kerana tanpa sasaran, kerja yang di lakukan tidak memberi sebarang makna, malahan menyumbang kepada kualiti kerja yang rendah.

  •  MISI

Pastikan pekerja sedia maklum tentang sesuatu misi yang mahu dicapai oleh organisasi mengikut keutamaan sama ada kepentingan pelanggan, kepentingan organisasi atau kepentingan komuniti. dan jika boleh, biarkan mereka mencipta misi mereka sendiri untuk mereka capai.

  •  JANGKAAN

Setiap tugas perlukan jangkaan asas bergantung kepada cara sesuatu situasi tertentu di tangani. Sesuatu tugas menjadi lebih tertekan apabila pekerja tidak peka terhadap jangkaan majikan dari masa ke semasa. Apabila sesuatu perubahan di perlukan, pastikan ada perbincang dibuat mengenai apa yang perlu di ubah dan cara mengubahnya. Apabila pekerja  gagal berbuat demikian, penting untuk mereka terangkan mengapa mereka membuat keputusan itu.

  • ISI

Setiap pekerja berhak memberi sebarang cadangan dan idea. Menafikan hak mereka bersuara dan mematikan idea-idea mereka tanpa pertimbangan seolah-olah anda menggaji robot. Robot tidak peduli soal hak dan kepentingan bersuara. Hentikan itu. Berikan hak dan laluan mudah kepada pekerja untuk bersuara dan berkongsi idea. Apabila satu idea yang di utarakan tidak mendapat merit, ambil sedikit masa untuk terangkan kenapa tidak. Anda tidak perlu terima dan laksanakan kesemua cadangan, tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah buat mereka rasa di hargai dengan idea mereka itu.

  • HUBUNGAN

Hentikan tanggapan anda bahawa pekerja bekerja untuk gaji semata-mata. Mereka sebenarnya mahu bekerja bersama dan untuk masyarakat. Ucapan yang baik, perbualan mengenai keluarga dan peribadi serta selami hati mereka untuk melihat apa yang mereka perlukan. Perkara-perkara ini adalah lebih penting daripada mesyuarat formal atau penilaian pekerja.

  • KETEKALAN (KONSISTENSI)

Kebanyakan pekerja boleh berurusan dengan majikan walaupun majikan tersebut suka mendesak dan suka mengkritik selagi dia melayan semua pekerja dengan cara yang sama. Di samping majikan perlu melayan setiap pekerja dengan cara berbeza, majikan juga perlu melayan pekerja dengan adil. dua perkara ini adalah berbeza. Kunci untuk mengekalkan konsistensi adalah dengan cara komunikasi. Mereka berhak dan perlu faham mengapa sesuatu keputusan di ambil. Dan semua ini bergantung kepada cara majikan berkomunikasi dengan pekerja.

  • MASA DEPAN

Setiap kerja perlu ada potensi ke arah sesuatu yang baru, tidak kiralah di dalam atau luar organisasi. Walaupun anda bekerja bukan dalam bidang yang anda mahukan, tetapi tidak salah jika belajar sesuatu yang baru. Sebagai majikan, anda patut lebih peka kepada hal-hal pekerja anda jika anda mahu mereka komited bekerja untuk anda.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 13 Mac 2013. Semoga lawatan ini serba sedikit dapat memberi manfaat di jabatan anda. Terima kasih.










Unordered List