Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






      Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN) Tahun 2012 telah diadakan bertempat di Hotel Renaissance Melaka. Majlis ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan telah diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Majlis bertemakan ‘Nostalgia Getaran Jiwa’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar bin Kaseh, Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua jabatan.

 

    
















 





















Categories:

Unordered List