Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Showing posts with label Unit Pembangunan Organisasi. Show all posts
Showing posts with label Unit Pembangunan Organisasi. Show all posts


Apakah itu resume? Sebagai seorang pekerja, anda tentu sedia maklum mengenai resume. Bagi yang masih belum bekerja, kami pasti anda pernah membuat resume atau sedang sibuk membuat resume sebagai langkah pertama untuk memohon pekerjaan. Tetapi, adakah anda faham fungsi resume? Adakah anda tahu cara yang betul bagaimana untuk menulis resume? Adakah anda pasti resume yang anda hasilkan selama ini menepati ciri-ciri resume yang baik serta menerangkan dengan jelas mengenai diri dan kebolehan anda? Hari ini, kami di BPSM akan berkongsi sedkit tip cara penulisan resume yang baik.

Resume atau surat permohonan kerja adalah penting kerana ia mewakili diri anda. Di dalam resume terkandung semua butiran mengenai diri, latar belakang pendidikan, pengalaman dan kebolehan anda. Ia seharusnya memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman yang anda miliki berkait dengan jawatan yang dipohon. Apabila anda memasuki alam pekerjaan, perlu untuk anda tahu betapa pentingnya fungsi resume sebagai pengganti diri setiap kali anda memohon jawatan yang diingini. Resume yang baik, persuasif dan menarik, mendorong bakal majikan membaca resume anda seterusnya melayakkan anda ke sesi temuduga. Oleh sebab itu, penting untuk anda tahu format sebenar penulisan resume serta cara menulisnya.

Surat permohonan pekerjaan

Permulaan Surat
 Mulakan surat anda dengan menonjolkan sikap anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan menyebut apakah sumbangan anda kepada syarikat /organisasi. Misalnya :

  • Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia di tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai penolong kepada pengurus personel dalam Syarikat Sinar Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan dalam akhbar NST kelmarin.
  • Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001 ada menyebut bahawa syarikat tuan sedang berkembang maju dalam bidang teknologi maklumat. Saya percaya bahawa dengan ijazah pengurusan maklumat yang saya miliki ditambah pula dengan pengalaman praktikal yang saya ada akan membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik selaku jurutera jualan anak syarikat tuan itu.
Isi surat
Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah manusia hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik dalam menerangkan kebolehan dan pencapaian anda.

Penutup surat
Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat, sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk menghadiri sesi temuduga tanpa memaksa atau meminta-minta atau mengarahkan mereka berbuat demikian. Misalnya“Jika tuan bersetuju dengan kelayakan dan pengalaman saya, silalah beritahu saya bilakah saya boleh ditemuduga. Tuan boleh menghubungi saya di alamat di atas atau menelefon saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume saya ini.”



RESUME

Resume atau dipanggil juga curiculum vitae, lembaran data atau bio-data ialah maklumat ringkas, tepat tetapi padat berkenaan kelulusan, pendidikan pengalaman pekerjaan, minat dan kebolehan seseorang. Ia memberitahu bakal majikan akan siapa anda, apa yang anda boleh lakukan, apa yang telah anda laksanakan dan apakah objektif kerjaya anda sebagai pemohon. Maklumat yang anda berikan haruslah mengandungi segala keterangan yang dapat membantu anda mencapai objektif menghantarnya iaitu untuk dipanggil dalam sesi temuduga, yang demikian ia seharusnya dirancang dengan teliti, menarik dan persuasif.

Format Resume
Lazimnya sesuatu resume mengandungi 5 bahagian iaitu tajuk, kelayakan, pengalaman kerja, maklumat peribadi dan perujuk.

Tajuk
Ia harus mencatatkan nama, alamat dan nombor telefon. Nyatakan juga objektif pekerjaan yang anda pohon.

Kelayakan
Ia ditulis mengikut kronologi dengan kelayakan terakhir dicatat paling atas. Masukan sekali nama dan alamat institusi, ijazah yang diterima dan kursus-kursus yang diambil serta tahun ijazah tersebut dianugerahkan.

Pengalaman Pekerjaan
Nyatakan nama dan alamat majikan, tarikh bekerja, nama pekerjaan dan tanggungjawab serta kemahiran dan pencapaian anda dalam organisasi tersebut. Sekiranya pemohon kurang mempunyai pengalaman pekerjaan, anda boleh menyatakan pekerjaan sukarela yang anda laksanakan sebaliknya jika anda mempunyai pengalaman yang sangat luas, anda boleh menyenaraikan tanggungjawab anda itu mengikut fungsi pekerjaan yang anda lakukan.

Maklumat Peribadi
Anda boleh masukkan maklumat seperti tarikh lahir, taraf perkahwinan, kesihatan dan minat.

Perujuk
Masukkan nama dan alamat 2 orang perujuk yang boleh menerangkan pengalaman, pendidikan atau perilaku anda tetapi anda hendaklah mendapatkan persetujuan mereka dahulu.


Posted by BPSM JKMM Posted on 2:58:00 pm |

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA : TEMUDUGA PENGHULU GRED NP 27


Temuduga jawatan Penghulu Gred NP27 di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini  sedang dijalankan mulai 25 Mac 2013 sehingga 27 Mac 2013 di Pusat Temuduga SPA, Bangunan Jaya 99 Melaka. Calon-calon yang memohon boleh menyemak panggilan temuduga di laman sesawang rasmi SPA iaitu  www.spa.gov.my.

Kepada semua yang dipanggil temuduga,

SEMOGA BERJAYA!

Unordered List