Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Pada 24 - 25 Julai 2013 yang lalu, sebuah Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Bengkel yang bertempat di Bilik Kesidang, Blok Laksamana ini adalah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urusetia induk.

Bengkel ini merupakan bengkel lanjutan daripada bengkel pertama yang telah diadakan 11 - 12 Mac 2013 di JKMM. Sebanyak lima kumpulan KIK dari pelbagai Jabatan / Agensi Negeri Melaka telah menyertai bengkel ini. Antaranya adalah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Majlis Perbandaran Alor Gajah serta Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta membimbing kepada ahli kumpulan KIK agar dapat menghasilkan projek yang berkualiti. Bengkel ini juga adalah sebagai persediaan untuk kumpulan-kumpulan KIK tersebut ke Mini Konvensyen KIK Peringkat Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada bulan September tahun ini.


Bengkel selama dua hari itu telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dari Lembaga Tabung Haji  iaitu Tuan Hj. Md. Suhaimi bin Md. Ali. Bengkel ini membantu setiap kumpulan KIK untuk membuat penambahbaikan pada projek yang sedia ada. Selain daripada itu, setiap kumpulan juga diberi pendedahan untuk menghasilkan buku projek dan slaid yang memenuhi kriteria KIK Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Pada 1 Ogos 2013, satu bengkel berkaitan Audit Dalaman Amalan Quality Environment Transformation System (QETS) telah diadakan di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia induk telah menganjurkan bengkel tersebut di Bilik Tun Fatimah di Blok Bentara dan dihadiri oleh pegawai-pegawai audit dalaman yang telah dilantik oleh kesemua Bahagian/Unit di JKMM.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada semua pegawai audit dalaman Amalan QETS mengenai kepentingan audit dalaman serta memberi pengetahuan mengenai aspek dokumentasi dan praktikal. Selain itu bengkel ini juga telah dapat memberi keyakinan kepada juruaudit dalaman dalam melaksanakan tugasan audit dalaman yang akan diadakan secara berkala. Bengkel ini juga bagi menyemak semula kriteria audit pelaksanaan bagi memudahkan lagi pelaksanaan Amalan QETS kelak. 

Bengkel yang diadakan selama sehari ini telah dikendalikan oleh penceramah daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Encik Mohd Lizuan bin Abd. Latif. Antara perkara-perkara yang diberi pendedahan kepada peserta semasa bengkel adalah asas pengauditan, kriteria untuk pemarkahan audit, aspek penilaian, pelan aktiviti audit QETS, kaedah penilaian, penambahbaikkan kriteria penilaian, latihan audit dalaman dan kaedah mengurus keputusan audit.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat memberi kelancaran perjalanan aktiviti pelaksanaan QETS di Jabatan Ketua Menteri Melaka.






Posted by BPSM JKMM Posted on 3:45:00 pm | No comments

Selamat Hari Raya

Kami Warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Mengucapkan
 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin~



Sukacita di maklumkan bahawa Mesyuarat Kelab Kebajikan dan Sukan Bil 1 Tahun 2013 telah berlangsung pada 8 Julai 2013 dengan ini telah sebulat suara melantik Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi Sesi 2013/2014 seperti berikut ;

Penasihat                        : Setiausaha Bahagian
Pengerusi                        : Encik Sazali bin Ibrahim
Tim. Pengerusi              : Puan Nor Mashitah binti Mohd Zin
Setiausaha                      : Encik Mohd Redha bin Abd LAtif
Naib Setiausaha            : Puan Badariah binti Abu Bakar
Bendahari                       : Puan Norlidah binti Majid
Naib Bendahari             : Cik Chong Fei Mei
AJK Kebajikan              : Puan Nazrah binti Mahat
AJK Sukan & Rekreasi  : Encik Norhasim bin Mansor
AJK Kerohanian            : Encik Mohd Omar bin Mohd Ali
AJK Majlis & Jamuan    : CIk Haraza binti Mohd Mansor

Dalam Mesyuarat itu juga telah dipersetujui untuk bayaran yuran bulanan mengikut ketetapan berikut :

Kakitangan Gred 41- Keatas    -    RM 5.00
Kakitangan Gred 22-40            -    RM 3.00
Kakitangan Gred 1-17              -    RM 2.00
Pelajar Praktikal                       -     RM 1.00

Pelbagai aktiviti yang telah dirangka bagi mengimarahkan lagi jalinan silaturrahim antara kakitangan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Di harapkan dengan jawatankuasa yang baru dapat memberi nafas baru kepada Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. 

Aktiviti yang terdekat ini adalah Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang akan diadakan 26 Julai 2013 (Jumaat). Semua warga  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di jemput hadir.
Pada 4 Julai 2013, Inspektorat Keselamatan Perlindungan telah diadakan di Pentadbiran ini oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka. Hasil dari sesi Audit berkenaan pentadbiran ini telah menerim beberapa teguran dalam pengurusan keselamatan dokumen dan peribadi.

Sebagai langkah penambaikan, Bengkel Arahan Keselamatan dan Pelaksanaannya, telah diadakan pada hari ini di Bilik Tun Fatimah Blok Bentara yang dihadiri oleh kesemua pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai langkah pendedahan kepada mereka untuk mengendalikan dokumen terperingkat dan akta rahsia rasmi kerajaan. Selain itu menjadi salah satu usaha meningkatkan kualiti keselamatan perlindungan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bengkel setengah hari itu yang di kendalikan sendiri oleh Penceramah dariapada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka telah menyetuh berkeanaan keselamatan fizikal dan peribadi serta tatacara keselamatan dokumen.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat memberi lebih pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk lebih berkualiti dan melindungi rahsia kerajaan dengan selamat.



Sekitar Bengkel Arahan Keselamatan dan Pelaksanaannya

Unordered List