Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Markah purata Bagi Amalan 5S ataupun QET JKMM adalah sebanyak 83.1% dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mendapat markah tertinggi iaitu 97%. Menjadikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  “BENCH-MARK” PERSIJILAN 5S pada kali ini.

Amalan 5S merupakan satu kaedah yang mula digunapakaikan oleh syarikat-syarikat di Jepun dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti selesa, kemas dan selamat. Amalan ini kemudiannya telah dipraktikkan oleh sektor-sektor swasta di Malaysia. Keberkesanan kaedah ini telah menarik perhatian agensi-agensi kerajaan dan telah menjadi ikutan serta amalan di kebanyakkan sektor-sektor awam. Malahan banyak di kalangan sektor-sektor tersebut telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).



Di Jabatan Ketua Menteri Melaka, kaedah 5S telah mula diamalkan bermula dari tahun 2009 akan tetapi mula dipersijilkan pada tahun 2010 dengan pembabitan dari 17 bahagian dan agensi. Jumlah penglibatan dari bahagian dan agensi JKMM meningkat kepada 28 pada tahun 2012.


Objektif 5S yang diamalkan di JKMM adalah bertujuan mewujudkan kakitangan yang sentiasa mengamalkan penambahbaikan yang berterusan di kawasan tempat kerja. Ia juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerja berpasukan melalui penglibatan gotong royong. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat membentuk ketua dan penyelia untuk  mengamalkan sikap kepimpinan yang praktikal dan pada masa yang sama dapat memberi pengetahuan dan maklumat terhadap teknologi dan amalan Kaizen kepada kakitangan.


Baru-baru ini pada 26 dan 27 Disember 2012 Jabatan Ketua Menteri Melaka telah diaudit semula bagi Persijilan 5S oleh pihak MPC. Pengauditan semula dilakukan bagi memastikan piawaian bagi amalan 5S yang diterapkan di seluruh Jabatan Ketua Menteri Melaka sentiasa dipatuhi dan secara tidak langsung memupuk usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalan tersebut. Displin kakitangan JKMM juga dapat dibentuk dengan  mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketepatan, penyeragaman dan keselamatan di samping meningkatkan kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan.

Majlis Penutup Pengauditan Semula 5S telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammad Salleh bin Mohamad dengan dihadiri oleh Saudara Roslan bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JKMM sebagai urus setia. Turut hadir adalah dua (2) orang pegawai dari MPC iaitu Tuan Hj. Omar Othman  (Ketua Auditor) dan Saudara Abd. Malek Aripin serta ketua-ketua bahagian dan agensi di JKMM.




Secara keseluruhan, kesemua bahagian dan agensi menepati kriteria 5S akan tetapi tiada unsur-unsur inovasi dan penambahbaikan. Markah purata adalah sebanyak 83.1% manakala Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mendapat markah tertinggi iaitu 97%.

Ulasan dari pihak MPC menyebut bahawa BPSM mendapat markah yang tinggi kerana adanya penambahbaikan dan inovasi yang dicetuskan dalam menjalankan kerja seharian. Usaha ini bukan sahaja memudahkan urusan kerja malahan menambah nilai kepada kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Antara inovasi dan penambahbaikan yang dilakukan di BPSM ialah sistem Ex-file iaitu memudahkan urusan pencarian fail, sistem E-XIT untuk pemantauan keluar dan masuk pegawai, Tin-bot Crusher iaitu alat pemampan tin sebagai usaha menyokong teknologi hijau, Smart ICT trolley (sITY) dan banyak lagi. Oleh yang demikian, BPSM sewajarnya dijadikan benchmark oleh bahagian dan agensi lain ke arah meningkatkan mutu kerja dan pengamalan 5S.







Unordered List