Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN)
Tahun 2012 telah diadakan bertempat di Hotel Renaissance Melaka. Majlis ini
merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan telah diurusetiakan oleh Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Majlis bertemakan
‘Nostalgia Getaran Jiwa’ telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri
Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut
adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman bin Muhammad,
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar bin Kaseh, Exco Kerajaan
Negeri dan Ketua-ketua jabatan.
Kelander Rasmi Aktiviti BPSM
Posted by BPSM JKMM
Posted on 4:35:00 pm |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ANJURKAN :MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI (MAPAN) TAHUN 2012
Posted by BPSM JKMM
Posted on 11:42:00 am |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM) “BENCH-MARK” PERSIJILAN 5S
Markah purata Bagi Amalan 5S ataupun QET JKMM adalah sebanyak 83.1% dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mendapat markah tertinggi iaitu 97%. Menjadikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia “BENCH-MARK” PERSIJILAN 5S pada kali ini.
Amalan 5S merupakan satu kaedah yang mula digunapakaikan oleh syarikat-syarikat di Jepun dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti selesa, kemas dan selamat. Amalan ini kemudiannya telah dipraktikkan oleh sektor-sektor swasta diMalaysia .
Keberkesanan kaedah ini telah menarik perhatian agensi-agensi kerajaan dan
telah menjadi ikutan serta amalan di kebanyakkan sektor-sektor awam. Malahan banyak di kalangan sektor-sektor
tersebut telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC).
Amalan 5S merupakan satu kaedah yang mula digunapakaikan oleh syarikat-syarikat di Jepun dalam mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti selesa, kemas dan selamat. Amalan ini kemudiannya telah dipraktikkan oleh sektor-sektor swasta di
Di Jabatan Ketua Menteri Melaka, kaedah 5S telah mula
diamalkan bermula dari tahun 2009 akan tetapi mula dipersijilkan pada tahun
2010 dengan pembabitan dari 17 bahagian dan agensi. Jumlah penglibatan dari
bahagian dan agensi JKMM meningkat kepada 28 pada tahun 2012.
Objektif 5S yang diamalkan di JKMM adalah bertujuan mewujudkan
kakitangan yang sentiasa mengamalkan penambahbaikan yang berterusan di kawasan
tempat kerja. Ia juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerja
berpasukan melalui penglibatan gotong royong. Dengan adanya aktiviti-aktiviti
yang dijalankan juga dapat membentuk ketua dan penyelia untuk mengamalkan sikap kepimpinan yang praktikal
dan pada masa yang sama dapat memberi pengetahuan dan maklumat terhadap
teknologi dan amalan Kaizen kepada kakitangan.
Baru-baru ini pada 26 dan 27 Disember 2012
Jabatan Ketua Menteri Melaka telah diaudit semula bagi Persijilan 5S oleh pihak
MPC. Pengauditan semula dilakukan bagi
memastikan piawaian bagi amalan 5S yang diterapkan di seluruh Jabatan Ketua
Menteri Melaka sentiasa dipatuhi dan secara tidak langsung memupuk usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalan tersebut. Displin kakitangan JKMM juga
dapat dibentuk dengan mengutamakan kebersihan,
kecekapan, kemesraan, ketepatan, penyeragaman dan keselamatan di samping meningkatkan
kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
Majlis Penutup Pengauditan Semula 5S telah
dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,
Mohammad Salleh bin Mohamad dengan dihadiri oleh Saudara Roslan bin Mat Nong, Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JKMM sebagai urus setia. Turut hadir adalah
dua (2) orang pegawai dari MPC iaitu Tuan Hj. Omar Othman (Ketua Auditor) dan Saudara Abd. Malek Aripin serta
ketua-ketua bahagian dan agensi di JKMM.
Secara keseluruhan, kesemua bahagian dan agensi menepati kriteria 5S akan tetapi tiada unsur-unsur inovasi dan penambahbaikan. Markah purata adalah sebanyak 83.1% manakala Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah mendapat markah tertinggi iaitu 97%.
Ulasan dari pihak MPC menyebut bahawa BPSM mendapat markah yang tinggi
kerana adanya penambahbaikan dan inovasi yang dicetuskan dalam menjalankan
kerja seharian. Usaha ini bukan sahaja memudahkan urusan kerja malahan menambah
nilai kepada kualiti penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Antara
inovasi dan penambahbaikan yang dilakukan di BPSM ialah sistem Ex-file iaitu memudahkan urusan
pencarian fail, sistem E-XIT untuk pemantauan keluar dan masuk pegawai, Tin-bot Crusher iaitu alat pemampan tin
sebagai usaha menyokong teknologi hijau, Smart ICT trolley (sITY) dan banyak
lagi. Oleh yang demikian, BPSM sewajarnya
dijadikan benchmark oleh bahagian dan
agensi lain ke arah meningkatkan mutu kerja dan pengamalan 5S.
Posted by BPSM JKMM
Posted on 4:51:00 pm | No comments
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Cara Kenaikan Pangkat Angota Jabatan Kerajaan Negeri Melaka
Posted by BPSM JKMM
Posted on 8:47:00 am | No comments
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Khidmat Kaunseling
Posted by BPSM JKMM
Posted on 8:47:00 am | No comments
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Cara Permohonan Pelajar Praktikal
Posted by BPSM JKMM
Posted on 11:40:00 am | No comments
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Cara Permohonan Jawatan Tetap Sokongan II di Bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Posted by BPSM JKMM
Posted on 8:47:00 am | No comments
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Info HRMIS
Posted by BPSM JKMM
Posted on 6:23:00 pm | No comments
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia : Carta Aliran Unit Perkhidmatan
Subscribe to:
Posts (Atom)