Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan pada 14 Mac 2013. SUK Melaka telah membawa rombongan dari SUK Kelantan untuk makan malam bersama di Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Selesai makan malam, rombongan SUK Kelantan dibawa menikmati pemandangan waktu malam sepanjang Sungai Melaka.

















Posted by BPSM JKMM Posted on 11:02:00 am |

TAHNIAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA!

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah memenangi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Pejabat dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM2000. Tahniah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia!



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 13 Mac 2013. Semoga lawatan ini serba sedikit dapat memberi manfaat di jabatan anda. Terima kasih.










Pada 7 Mac 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN) bagi tahun 2013 yang bertempat di Hatten Hotel. Seramai 570 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 30 orang pesara menerima sijil bersara. Majlis turut sama dijayakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam yang hadir bersama isteri. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang untuk Anugerah Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori ICT, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori Bukan ICT dan Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka telah berjaya mempertahankan Anugerah Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sekaligus berjaya membolot hadiah wang tunai berjumlah RM5000 berserta piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat pertama Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori ICT juga telah dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui projek sistem e-XIT.












Unordered List