Sesebuah Organisasi pada kebiasaannya berkait rapat dengan
pengurusan syarikat. Bila menyentuh tentang pengurusan oerganisasi, banyak pekara
yang perlu dititik beratkan seperti Misi dan Visi, Strategi, Pelan Pemasaran, Produk, Khidmat Pelanggan sehinggalah Pengurusan Pekerja.
Semua aspek di atas
perlu diuruskan oleh organisasi yang cemerlang. Apa faktor utama dalam
penghasilan organisasi cemerlang? Sudah tentu kakitangannya. Kakitangan yang
bagus akan menyelamatkan sesebuah organisasi sama ada dari sudut pengurusan,
pelan perancangan, kawalan kualiti, khidmat pelanggan dan sebagainya. Mereka
dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi dengan kreativiti mereka.
Bagaimana Untuk
mendapatkan Orang yang bagus dalam organisasi dan apa yang syarikat perlu buat?
Terdapat 5 Kunci Utama dalam menguruskan Organisasi yang cemerlang
aa) Upah orang yang betul
-Permasalahan yang sering berlaku di
mana-mana syarikat kini ialah mereka mengambil pekerja dengan cara “KABEL”
dalam maksud lain bantuan orang dalam. Ianya adalah tidak sepatutnya berlaku
kerana kita tidak meneliti sepenuhnya kemampuan pekerja tersebut. Secara
Keseluruhannya pengambilan pekerja melalui cara itu tidak salah asalkan
pekerja tersebut benar-benar memiliki status yang benar-benar layak untuk
mengisi jawatan tersebut.
bb) Beri Mereka Kelengkapan Yang baik untuk melakukan Kerja
-Kita sebagai majikan hendaklah bersikap
terbuka dan cubalah letakkan diri anda di tempat mereka yang di bawah anda.
Fikirkan dan teliti dengan khususnya apa yang mereka perlukan untuk
menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanya diri anda samaada kelengkapan yang anda sediakan memenuhi
keperluan mereka.
cc) Berikan Maklum Balas Positif
-Ini adalah antara pekara yang terpenting
dalam sesebuah organisasi. Sebagai majikan anda seharusnya memberikan maklum
balas yang baik terhadap tugas yang dilakukan oleh para pekerja anda. Ianya
amat penting dalam meningkatkan produktiviti mereka. Sebagai pekerja mereka
sentiasa ingin tahu adakah mereka laukan kerja dengan baik, adakah kerja yang
dibuat dilaksanakan dengan jayanya.
dd) Bangunkan Mereka
- Organisasi atau syarikat bukanlah sesuatu
entity yang boleh berkembang secara sendirinya. Mungkin peningkatan
produktiviti, peningkatan tahap efisen, peningkatan keuntungan dan sebagainya menampakkan sesebuah organisasi
kelihatan berkembang.
Faktor utama sesebuah organisasi dalam
mencapai tahap tersebut adalah orang di dalamnya. Sebagai majikan, sentiasalah bagunkan
para pekerja dengan pelbagai pendekatan seperti motivasi diri dan sentiasa beri
peluang kepada mereka untuk belajar dan mencuba pekara baru.
ee) Hargai Mereka
-Sebagai majikan, pernahkah anda terfikir
sebab utama kenapa pekerja meletakkan jawatn. Ianya kerana pengurusan yang
tidak efektif dan majikan yang tidak memikirkan kebajikan pekerja.Mereka akan
terus setia bekerja jika berada di bawah pengurusandan kepimpinan yang
cemerlang. Fahamilah keperluan mereka, iktiraf dan berilaj mereka anugerah atas
kejayaan mereka.Tunjukanlah bahawa mereka begitu penting dalam organisasi
tersebut.
Inilah antara faktor bagaimana untuk
memastikan sesebuah organisasi yang cemerlang. Satu tip yang perlu disematkan
di dalam diri setiap insan, tanamkan rasa bahawa kita saling memerlukan antara
stu sama lain. Hargai mereka sebagai satu organisasi dan bukannya orang bawahan.
Bagus...saya sokong..ini adalah satu info yang amat berguna..Terima kasih.. :)
ReplyDeletesaya sokong 100% terima kasih banyak
ReplyDelete