"1 Million Women Purple Walk" telah diadakan serentak di seluruh negara pada 17 Mac 2013. Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah melancarkan program ini di peringkat negeri Melaka yang bertempat di Dataran Pahlawan. Kumpulan koir gabungan daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Majlis Perbandaraan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengadakan persembahan di program tersebut.
Kelander Rasmi Aktiviti BPSM
Showing posts with label bpsm-jkmm. Show all posts
Showing posts with label bpsm-jkmm. Show all posts
Posted by BPSM JKMM
Posted on 12:20:00 pm |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TURUT SERTA DI 1 MILLION WOMEN PURPLE WALK 2013
Posted by BPSM JKMM
Posted on 11:22:00 am |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TERIMA LAWATAN KERJA PEJABAT SUK KELANTAN
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan pada 14 Mac 2013. SUK Melaka telah membawa rombongan dari SUK Kelantan untuk makan malam bersama di Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Selesai makan malam, rombongan SUK Kelantan dibawa menikmati pemandangan waktu malam sepanjang Sungai Melaka.
Posted by BPSM JKMM
Posted on 9:55:00 am |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)
Posted by BPSM JKMM
Posted on 5:05:00 pm |
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ANJURKAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN AWAM NEGERI (MAPAN) TAHUN 2013
Pada 7 Mac 2013 yang lalu telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN) bagi tahun 2013 yang bertempat di Hatten Hotel. Seramai 570 orang kakitangan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 30 orang pesara menerima sijil bersara. Majlis turut sama dijayakan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam yang hadir bersama isteri. Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang untuk Anugerah Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori ICT, Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori Bukan ICT dan Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka telah berjaya mempertahankan Anugerah Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sekaligus berjaya membolot hadiah wang tunai berjumlah RM5000 berserta piala iringan dan sijil penyertaan. Tempat pertama Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Kategori ICT juga telah dimenangi oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka melalui projek sistem e-XIT.
Subscribe to:
Posts (Atom)