Kuala Lumpur , 9 April 2013 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urusetia induk Penarafan Bintang (Star Rating) Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan Mesyuarat Familiarisasi Dan Pemantapan Kriteria Penarafan
Bintang (Star Rating) bertempat di Hotel Quality Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Mesyuarat Familiarisasi Dan Pemantapan Kriteria Penarafan Bintang (Star Rating) telah
disempurnakan oleh YB Datuk Wira Omar Bin Kaseh. Pada
ucaptamanya, beliau menyentuh tentang, kerjasama serta komitmen perlulah diberi
sepanjang proses penyediaan dokumentasi bagi Audit Penilaian Penarafan Bintang tahun 2013, bagi mengekalkan Penarafan 5 Bintang bagi Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Semasa majlis ini juga, insentif kepada Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang Tahun 2011 telah di sampaikan bagi mengenang jasa,usaha dan
kerjasama mereka Jabatan Ketua Menteri Melaka telah perolehi Penarafan 5
Bintang. Insentif tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri. YB Datuk Wira juga turut menyerahkan sijil
pelantikan bagi Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang Tahun 2013.
Gambar Sekitar Ucaptama YB Datuk Wira Omar bin Kaseh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang Tahun 2011
menerima Insentif
Penyerahan Sijil Penyertaan Kepada
Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang 2013
Penyelaras Jawatankuasa Penarafan Bintang
En Roslan bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian
menyampaikan cenderahati kenangan kepada
YB Datuk Wira Omar bin Kaseh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
0 komen:
Post a Comment