Pada 24 - 25 Julai 2013 yang
lalu, sebuah Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan di
Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Bengkel yang bertempat di Bilik Kesidang,
Blok Laksamana ini adalah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
selaku urusetia induk.
Bengkel ini merupakan bengkel lanjutan daripada
bengkel pertama yang telah diadakan 11 - 12 Mac 2013 di JKMM. Sebanyak lima
kumpulan KIK dari pelbagai Jabatan / Agensi Negeri Melaka telah menyertai bengkel
ini. Antaranya adalah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan
Teknologi Maklumat, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka daripada Jabatan
Ketua Menteri Melaka dan Majlis Perbandaran Alor Gajah serta Perbadanan
Kemajuan Negeri Melaka.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan serta membimbing kepada ahli kumpulan KIK agar dapat
menghasilkan projek yang berkualiti. Bengkel ini juga adalah sebagai persediaan
untuk kumpulan-kumpulan KIK tersebut ke Mini Konvensyen KIK Peringkat Negeri
Melaka yang dijangka berlangsung pada bulan September tahun ini.
Bengkel selama dua hari itu telah dikendalikan oleh
fasilitator berpengalaman dari Lembaga Tabung Haji iaitu Tuan Hj. Md. Suhaimi bin Md. Ali.
Bengkel ini membantu setiap kumpulan KIK untuk membuat penambahbaikan pada
projek yang sedia ada. Selain daripada itu, setiap kumpulan juga diberi
pendedahan untuk menghasilkan buku projek dan slaid yang memenuhi kriteria KIK Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN).