Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Hotel Equatorial Cameron Highland, Pahang selama 4 hari bermula pada tarikh 16/06/2013 sehingga 19/06/2013. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK), Tuan Haji Mohamad Salleh Bin Ismail yang juga selaku pengerusi majlis. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengekalkan pencapaian prestasi 5 Bintang pada tahun 2011.

































Posted by BPSM JKMM Posted on 5:21:00 am | No comments

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, MENGENANG JASA TOKOH MELAKA

Majlis “Sanjungan Budi” sempena Perpisahan YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka, Mantan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Mantan Ahli-Ahli Dewan Rakyat Negeri Melaka dan Mantan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka telah dianjurkan pada 30 Mei 2013 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Encik Roslan bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Majlis Perpisahan ini bertujuan meraikan YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri hadir bersama Datin Wira Faridah binti Jaafar. Majlis Perpisahan ini juga sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih Kerajaan Negeri ke atas sumbangan yang telah dicurahkan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka ke-9 turut ditemani isterinya, Datin Seri Asmah Abdul Rahman serta Mantan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Mantan Ahli-Ahli Dewan Rakyat Negeri Melaka dan Mantan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka sepanjang tempoh perkhidmatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis perpisahan ini turut dihadiri Tuan Yang Terutama Tun (TYT) Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub dan YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Haron bersama Datin Wira Fadilah binti Abdullah. Jemputan  kehadiran majlis ini adalah seramai 1000 orang yang terdiri daripada penjawat awam Negeri Melaka, ketua-ketua jabatan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen negeri Melaka.

Majlis ini diserikan dengan persembahan tayangan montaj bagi memperingati sumbangan dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka kelihatan tidak mampu menampung kesedihan bersama isteri sepanjang tayangan montaj selama 5 minit itu.

YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan di Seri Negeri kerana telah memberikan kerjasama sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri sejak 1999. Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir.Idris Haron menyifatkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pemimpin yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Sepanjang 13 tahun mantan Ketua Menteri Melaka itu menabur bakti, beliau mendahuukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan sendiri. Ketua Menteri Melaka turut menyerikan majlis dengan menyanyikan sebuah lagu khas kepada Mantan Ketua Menteri ke-9 dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Pada kemuncak majlis, Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir.Idris Haron menyampaikan cenderahati kepada semua yang diraikan termasuk isteri masing-masing. Datuk Wira Ir. Idris Haron turut  menyampaikan penghargaan berupa wang tunai RM1,000 dan sijil daripada kerajaan negeri kepada Cik Shafinah Ahmad yang bertindak jujur memulangkan wang tunai berjumlah RM11,000 yang ditemui di sebuah bilik penginapan di hotel tempatnya bekerja.































Unordered List