Kelander Rasmi Aktiviti BPSM






Pada 24 - 25 Julai 2013 yang lalu, sebuah Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah diadakan di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Bengkel yang bertempat di Bilik Kesidang, Blok Laksamana ini adalah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urusetia induk.

Bengkel ini merupakan bengkel lanjutan daripada bengkel pertama yang telah diadakan 11 - 12 Mac 2013 di JKMM. Sebanyak lima kumpulan KIK dari pelbagai Jabatan / Agensi Negeri Melaka telah menyertai bengkel ini. Antaranya adalah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Majlis Perbandaran Alor Gajah serta Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta membimbing kepada ahli kumpulan KIK agar dapat menghasilkan projek yang berkualiti. Bengkel ini juga adalah sebagai persediaan untuk kumpulan-kumpulan KIK tersebut ke Mini Konvensyen KIK Peringkat Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada bulan September tahun ini.


Bengkel selama dua hari itu telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman dari Lembaga Tabung Haji  iaitu Tuan Hj. Md. Suhaimi bin Md. Ali. Bengkel ini membantu setiap kumpulan KIK untuk membuat penambahbaikan pada projek yang sedia ada. Selain daripada itu, setiap kumpulan juga diberi pendedahan untuk menghasilkan buku projek dan slaid yang memenuhi kriteria KIK Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Pada 1 Ogos 2013, satu bengkel berkaitan Audit Dalaman Amalan Quality Environment Transformation System (QETS) telah diadakan di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urus setia induk telah menganjurkan bengkel tersebut di Bilik Tun Fatimah di Blok Bentara dan dihadiri oleh pegawai-pegawai audit dalaman yang telah dilantik oleh kesemua Bahagian/Unit di JKMM.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada semua pegawai audit dalaman Amalan QETS mengenai kepentingan audit dalaman serta memberi pengetahuan mengenai aspek dokumentasi dan praktikal. Selain itu bengkel ini juga telah dapat memberi keyakinan kepada juruaudit dalaman dalam melaksanakan tugasan audit dalaman yang akan diadakan secara berkala. Bengkel ini juga bagi menyemak semula kriteria audit pelaksanaan bagi memudahkan lagi pelaksanaan Amalan QETS kelak. 

Bengkel yang diadakan selama sehari ini telah dikendalikan oleh penceramah daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Encik Mohd Lizuan bin Abd. Latif. Antara perkara-perkara yang diberi pendedahan kepada peserta semasa bengkel adalah asas pengauditan, kriteria untuk pemarkahan audit, aspek penilaian, pelan aktiviti audit QETS, kaedah penilaian, penambahbaikkan kriteria penilaian, latihan audit dalaman dan kaedah mengurus keputusan audit.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat memberi kelancaran perjalanan aktiviti pelaksanaan QETS di Jabatan Ketua Menteri Melaka.






Posted by BPSM JKMM Posted on 3:45:00 pm | No comments

Selamat Hari Raya

Kami Warga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Mengucapkan
 Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin~



Sukacita di maklumkan bahawa Mesyuarat Kelab Kebajikan dan Sukan Bil 1 Tahun 2013 telah berlangsung pada 8 Julai 2013 dengan ini telah sebulat suara melantik Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi Sesi 2013/2014 seperti berikut ;

Penasihat                        : Setiausaha Bahagian
Pengerusi                        : Encik Sazali bin Ibrahim
Tim. Pengerusi              : Puan Nor Mashitah binti Mohd Zin
Setiausaha                      : Encik Mohd Redha bin Abd LAtif
Naib Setiausaha            : Puan Badariah binti Abu Bakar
Bendahari                       : Puan Norlidah binti Majid
Naib Bendahari             : Cik Chong Fei Mei
AJK Kebajikan              : Puan Nazrah binti Mahat
AJK Sukan & Rekreasi  : Encik Norhasim bin Mansor
AJK Kerohanian            : Encik Mohd Omar bin Mohd Ali
AJK Majlis & Jamuan    : CIk Haraza binti Mohd Mansor

Dalam Mesyuarat itu juga telah dipersetujui untuk bayaran yuran bulanan mengikut ketetapan berikut :

Kakitangan Gred 41- Keatas    -    RM 5.00
Kakitangan Gred 22-40            -    RM 3.00
Kakitangan Gred 1-17              -    RM 2.00
Pelajar Praktikal                       -     RM 1.00

Pelbagai aktiviti yang telah dirangka bagi mengimarahkan lagi jalinan silaturrahim antara kakitangan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Di harapkan dengan jawatankuasa yang baru dapat memberi nafas baru kepada Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. 

Aktiviti yang terdekat ini adalah Majlis Berbuka Puasa Anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang akan diadakan 26 Julai 2013 (Jumaat). Semua warga  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di jemput hadir.
Pada 4 Julai 2013, Inspektorat Keselamatan Perlindungan telah diadakan di Pentadbiran ini oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka. Hasil dari sesi Audit berkenaan pentadbiran ini telah menerim beberapa teguran dalam pengurusan keselamatan dokumen dan peribadi.

Sebagai langkah penambaikan, Bengkel Arahan Keselamatan dan Pelaksanaannya, telah diadakan pada hari ini di Bilik Tun Fatimah Blok Bentara yang dihadiri oleh kesemua pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sebagai langkah pendedahan kepada mereka untuk mengendalikan dokumen terperingkat dan akta rahsia rasmi kerajaan. Selain itu menjadi salah satu usaha meningkatkan kualiti keselamatan perlindungan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bengkel setengah hari itu yang di kendalikan sendiri oleh Penceramah dariapada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka telah menyetuh berkeanaan keselamatan fizikal dan peribadi serta tatacara keselamatan dokumen.

Diharapkan dengan adanya bengkel ini dapat memberi lebih pendedahan kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk lebih berkualiti dan melindungi rahsia kerajaan dengan selamat.



Sekitar Bengkel Arahan Keselamatan dan Pelaksanaannya
Kami Pegawai dan Kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka, ingin mengucapkan Selamat Bertukar Kepada Setiausaha Bahagian kami En Roslan bin Mat Nong

Jangka masa 5 tahun begitu cepat berlalu. Namun banyak meninggalkan kenangan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Kami, pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri Melaka mengucapkan ribuan terima kasih dan menghargai setiap kerjasama dan tunjuk ajar yang di berikan oleh En Roslan bin Mat Nong.

Jutaan ampun dan maaf seandainya sepanjang bertugas disini ada tutur kata mahupun perbuatan kami yang menyinggung hati tuan secara langsung atau tidak. Kami mendoakan agak hubungan mahabbah fillah sentiasa terpelihara untuk kesejahteraan dunia dan akhirat

Kami mengucapkan selamat berjaya kepada En Roslan, yang bertukar ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.









Pada 2 hingga 3 Julai yang lalu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mewakili Jabatan Ketua Menteri Melaka bagi Regional Convention On Team Exellence 2013 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) di Shah Alam Convention Centre.

Sekali lagi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah mengukir nama di peringkat Wilayah Tengah dengan memenangi Anugerah Emas dan melayakkan mereka ke peringkat kebangsaan Oktober nanti.

Pencapaian yang diperolehi 3 tahun berturut-turut ini memberi tiupan semangat kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk terus membuat penambaikan dan melakasanakan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dengan cemerlangnya.

Pasukan dari BPSM diwakili oleh 5 orang ahli kumpulan dan 3 orang urusetia memberi persembahan yang terbaik dan memberi penjelasan yang jelas terhadap penerapan Persekitaran Berkualiti 5S di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan perluasan serta perkongsian ilmu yang diberikan kepada Jabatan/Agensi di Negeri Melaka menjadikan persembahan BPSM unik di mata juri seterusnya melayakkan BPSM ke Peringkat Kebangsaan.

Dari dorongan, sokongan dan doa seluruh warga BPSM khususnya dan JKMM amnya, memberi semangat kepada untuk BPSM terus menerus menempa nama di pentas akhir Konvensyen Persekitaran Berkualiti QE/5S

Panel dari MPC bersama Kumpulan BPSM


Ahli Kumpulan BPSM

Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Hotel Equatorial Cameron Highland, Pahang selama 4 hari bermula pada tarikh 16/06/2013 sehingga 19/06/2013. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK), Tuan Haji Mohamad Salleh Bin Ismail yang juga selaku pengerusi majlis. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengekalkan pencapaian prestasi 5 Bintang pada tahun 2011.

































Posted by BPSM JKMM Posted on 5:21:00 am | No comments

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, MENGENANG JASA TOKOH MELAKA

Majlis “Sanjungan Budi” sempena Perpisahan YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka, Mantan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Mantan Ahli-Ahli Dewan Rakyat Negeri Melaka dan Mantan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Melaka telah dianjurkan pada 30 Mei 2013 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan diselaraskan oleh Encik Roslan bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Majlis Perpisahan ini bertujuan meraikan YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang dilantik sebagai Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri hadir bersama Datin Wira Faridah binti Jaafar. Majlis Perpisahan ini juga sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih Kerajaan Negeri ke atas sumbangan yang telah dicurahkan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka ke-9 turut ditemani isterinya, Datin Seri Asmah Abdul Rahman serta Mantan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka, Mantan Ahli-Ahli Dewan Rakyat Negeri Melaka dan Mantan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka sepanjang tempoh perkhidmatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Majlis perpisahan ini turut dihadiri Tuan Yang Terutama Tun (TYT) Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub dan YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Haron bersama Datin Wira Fadilah binti Abdullah. Jemputan  kehadiran majlis ini adalah seramai 1000 orang yang terdiri daripada penjawat awam Negeri Melaka, ketua-ketua jabatan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, ADUN dan Ahli Parlimen negeri Melaka.

Majlis ini diserikan dengan persembahan tayangan montaj bagi memperingati sumbangan dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Mantan Ketua Menteri Melaka. YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka kelihatan tidak mampu menampung kesedihan bersama isteri sepanjang tayangan montaj selama 5 minit itu.

YBhg. Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan di Seri Negeri kerana telah memberikan kerjasama sewaktu beliau menjadi Ketua Menteri sejak 1999. Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir.Idris Haron menyifatkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pemimpin yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Sepanjang 13 tahun mantan Ketua Menteri Melaka itu menabur bakti, beliau mendahuukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan sendiri. Ketua Menteri Melaka turut menyerikan majlis dengan menyanyikan sebuah lagu khas kepada Mantan Ketua Menteri ke-9 dan YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Pada kemuncak majlis, Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Ir.Idris Haron menyampaikan cenderahati kepada semua yang diraikan termasuk isteri masing-masing. Datuk Wira Ir. Idris Haron turut  menyampaikan penghargaan berupa wang tunai RM1,000 dan sijil daripada kerajaan negeri kepada Cik Shafinah Ahmad yang bertindak jujur memulangkan wang tunai berjumlah RM11,000 yang ditemui di sebuah bilik penginapan di hotel tempatnya bekerja.































Unordered List