Kelander Rasmi Aktiviti BPSM







Mini Mart 1 Malaysia di tubuhkan hasil usaha sama Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mula beroperasi pada 18.4.2012, terletak berhadapan Kafeteria Jabatan Ketua Menteri  Melaka di Kompleks Seri Negeri Melaka. Memulakan operasi pada jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang dan beroperasi pada Hari Bekerja sahaja. Mini Mart Kelab Sukan ini adalah inisiatif Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan JKMM, En Roslan Bin Mat Nong. Penubuhan Mini Mart Kelab Sukan dan Kebajikan ini adalah dengan persetujuan Yang Berhormat Setiuasaha Kerajaan Negeri Melaka. Pelbagai jenis minuman dan makanan  dijual bagi tarikan pengguna sekitar Kompleks Seri Negeri. 




















Semoga dengan tertubuhnya Mini Mart 1 Malaysia ini dapat memberi manfaat bersama untuk seluruh warga Jabatan Ketua Menteri Melaka. 

Ayuh kita penuhkan KESERI!








Posted by BPSM JKMM Posted on 5:56:00 pm | No comments

JPA MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM

Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Program "JPA Merakyatkan Perkhidmatan Awam".Program ini dijadualkan berlangsung pada 19  April 2013 bertempat di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri yang akan dihadiri oleh 110 orang pegawai-pegawai dari pelbagai Bahagian di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan semua penjawat awam negeri Melaka.

Objektif utama dalam melaksanakan program sebegini adalah

>  Bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara JPA dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri;

>  Bagi meningkatkan pengetahuan penjawat awam dengan perubahan pengurusan sumber manusia sektor Awam masakini dan kepentingan peranan penjawat awam di peringkat negeri; dan

> Bagi mewujudkan ruang perbincangan yang erat ke arah penambahbaikan dan peningkatan penyampaian perkhidmatan awam di negeri Melaka khususnya.



Antara program yang akan dijalan adalah;


Taklimat Pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2013 - Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

serta, 

Sesi Ramah Mesra dan Dialog Penjawat Awam Negeri Melaka Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam YBhg Datuk Mohamad Zabidi bin Zainal

Diharapkan seluruh penjawat awam negeri Melaka tidak melepaskan peluang untuk menghadiri program ini seperti ketentuan berikut;













Sesi Konsultasi Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus telah dilaksanakan oleh Bahagian Keutuhan Pengurusan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 April 2013 bersama dengan pihak urus setia pelaksanaan Mesyuarat JKTU Peringkat Negeri iaitu Unit Tatatertib dan Pengurusan Prestasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM).

            Objektif perlaksanaan sesi konsultasi JKTU ini adalah sebagai memberi panduan dan teguran berhubung tahap keberkesanan dan pencapaian pelaksanaan mesyuarat JKTU di peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri oleh pihak urus setia yang terlibat selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 - Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus.

            Seramai tiga (3) orang pegawai daripada Bahagian Keutuhan Pengurusan, SPRM yang terlibat semasa sesi konsultasi tersebut iaitu seperti senarai berikut:-

i)          YM Raja Khan bin Raja Ahmad (Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya P54)
ii)         Encik Nohardy bin Mat Noh (Ketua Penolong Kanan Penguasa P38)
iii)        Puan Norrita binti Yaakob (Penolong Kanan Penguasa P32)

Beberapa aktiviti pengisian program sepanjang sesi konsultasi tersebut telah dilaksanakan seperti di dalam atur cara


Atur Cara Sesi Konsultasi JKTU
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka

9.00 – 9.30 pagi        -           Sesi Kunjungan Hormat Pasukan Konsultasi JKTU
kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

9.30 – 12.00 t/hari    -           Sesi Pembentangan pelaksanaan JKTU oleh Urus Setia
JKTU Negeri

12.00 – 1.00 petang -           Makan Tengahari

3.00 – 4.30 petang   -           Sesi Taklimat dan Perbincangan Isu JKTU oleh Pasukan
Konsultasi JKTU bersama Ketua-ketua Jabatan / Agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri

8.30 – 10.00 malam -           Majlis Makan Malam sempena Sesi Konsultasi JKTU

Ketibaan Pasukan Konsultasi daripada Bahagian Keutuhan Pengurusan, SPRM disambut oleh 
urus setia Negeri



Mesyuarat sesi kunjung hormat di Bilik Mesyuarat Hang Jebat, Pejabat YB Setiausaha Kerajaan Negeri 



YB Datuk Wira menikmati hidangan ikan bakar bersama pegawai - pegawai SPRM   di Medan Selera Ikan Bakar Paramewara Umbai Melaka. 



Bergambar kenangan di Medan Selera Ikan Bakar Parameswara, Umbai Melaka


Kuala Lumpur , 9 April 2013 : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selaku urusetia induk Penarafan Bintang (Star Rating) Jabatan Ketua Menteri Melaka telah menganjurkan Mesyuarat  Familiarisasi Dan Pemantapan Kriteria Penarafan Bintang (Star Rating) bertempat di Hotel Quality Kuala Lumpur.

Majlis Perasmian Mesyuarat Familiarisasi Dan Pemantapan Kriteria Penarafan Bintang (Star Rating) telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Omar Bin Kaseh. Pada ucaptamanya, beliau menyentuh tentang, kerjasama serta komitmen perlulah diberi sepanjang proses penyediaan dokumentasi bagi Audit Penilaian Penarafan Bintang tahun 2013, bagi mengekalkan Penarafan 5 Bintang bagi Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Semasa majlis ini juga, insentif kepada Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang Tahun 2011 telah di sampaikan bagi mengenang jasa,usaha dan kerjasama mereka Jabatan Ketua Menteri Melaka telah perolehi Penarafan 5 Bintang. Insentif tersebut telah disampaikan  oleh YB Datuk Wira Omar bin Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri. YB Datuk Wira juga turut menyerahkan  sijil pelantikan bagi Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang Tahun 2013.


Gambar Sekitar Ucaptama YB Datuk Wira Omar bin Kaseh 

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka















Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang Tahun 2011 
menerima Insentif






















Penyerahan Sijil Penyertaan Kepada
 Ahli Jawatankuasa Penarafan Bintang 2013


































Penyelaras Jawatankuasa Penarafan Bintang 
En Roslan bin Mat Nong, Setiausaha Bahagian
menyampaikan cenderahati kenangan kepada 
YB Datuk Wira Omar bin Kaseh 
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka



Unordered List