Kelander Rasmi Aktiviti BPSM







Pada 4 April 2013, Melaka sekali lagi mencipta sejarah dengan perhimpunan terbesar terdiri  lebih 3000 peserta daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negeri Melaka. Himpunan Barisan Satu Malaysia(HB1M) yang diadakan di DEWAN SERI NEGERI , MELAKA telah mendapat liputan luas oleh Melaka Hari ini. Di sini kami sertakan gambar gambar sekitar HIMPUNAN BARISAN SATU MALAYSIA yang disiarkan di dalam akhbar Melaka Hari Ini pada 5 April 2013.


Gagasan 1 Malaysia Pupuk Semangat Perpaduan

Gagasan 1 Malaysia

Himpunan Barisan 1 Malaysia ini telah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhammad sambil di saksikan oleh Penyelaras Program En Roslan Bin Mat Nong selaku Setiusaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.







Kunjung hormat yang julung kali diadakan, salah satu usaha MPC bagi aktiviti turun padang untuk melihat sendiri pelaksanaan terkini Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Jabatan Ketua Menteri Melaka.Sesi lawatan setengahari ini akan dimulakan dengan lawatan mesra ke 3 Bahagian dan diakhiri dengan kunjung hormat oleh Ketua Pengarah MPC YBhg Dato Mohd Razali Hussain  kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Y.B Datuk Wira Omar bin Kaseh.
Posted by BPSM JKMM Posted on 11:00:00 am |

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA ANJURKAN KEMPEN BEBAS HABUK

AYUH BERSAMA-SAMA PERANGI HABUK!


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
 SEDANG MENGADAKAN 

KEMPEN BEBAS HABUK...

AYUH BERSAMA-SAMA PERANGI HABUK!


          Pada 4 April 2013, Melaka sekali lagi akan mencipta sejarah dengan perhimpunan terbesar terdiri  lebih 3000 peserta daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negeri Melaka. Jemputan yang telah di keluarkan sebanyak lebih 2000 jemputan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Belia dan Sukan, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan/ Agensi, Badan Siasah dan Pemimpin Masyarakat, Kumpulan Profesional Muda dan Pemimpin Mahasiswa, Persatuan Permuafakatan Ibubapa dan Guru, serta kakitangan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Melaka dan Badan Berkanun negeri Melaka. 
        Majlis yang akan disempurnakan oleh YAB ketua Menteri Melaka ini, akan di  serikan dengan ceramah oleh YB Dato' Hj Ahmad bin HJ Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertajuk , Kepimpinan & Pencapaian Malaysia Menuju Negara Maju seterusnya diserikan lagi dengan ceramah oleh YBhg. Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah bin Kamzah  bertajuk Kepentingan Menyokong Permuafakatan Melalui Gagasan 1 Malaysia.
             Majlis ini adalah hasil kerjasama, Kerajaan Negeri Melaka dan Biro Tatanegara serta di selaraskan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Jabatan Ketua Menteri Melaka, ini adalah betujuan menjelaskan lagi tentang gagasan 1 Malaysia, Dasar Transformasi Nasional dan Negara Maju berpendapatan tinggi yang sedang diusahakan kini. Selain itu, bagi mendapatkan maklumbalas tentang dasar-dasar negara "Untuk Masa Depan Rakyat".
             Diharapkan dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kaum dan masyarakat di Negara ini amnya dan Negeri khususnya. Majlis sebegini juga diharapkan menjadi penghubung antara kerajaan dan NGO dalam mengetengahkan sebarang isu bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir dari dasar pembangunan negara. Hal sebegini adalah terbuka kepada kepada semua termasuk kepada individu mirip pembangkang.



Semua Rakyat Negeri Melaka, dijemput hadir ke majlis seperti ketentuan diatas.

Bagi mempromosikan RTC Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telahpun menganjurkan Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Negeri Melaka Tahun 2013 di sana. Pelbagai aktiviti menanti anda semua khususnya Penduduk di sekitar Kuala Linggi Melaka. Antara aktivti yang diadakan adalah pameran, riadah, kesenian, hiburan dan pemeriksaan kesihatan sebagai daya tarikan sempena Hari Keluarga ini.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah dipertanggungjawabkan bagi mengadakan Pameran Agensi Kerajaan Negeri di Bangunan LKIM RTC Melaka berlangsung sepanjang 3 hari (29 hingga 31 Mac 2013) sempena Hari Keluarga Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2013. Agensi-agensi yang akan mengadakan pameran adalah seperti berikut :
  1.  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 
  2.  Kumpulan Melaka Berhad dan Anak-anak Syarikat
  3. Jabatan Penerangan Negeri Melaka
  4. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka
  5. Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka
  6. Hong Leong Bank
  7. Bahagian Komunikasi Korporat
  8. TM Net
  9. Pusat Zakat Melaka Berhad
  10. Bahagian Rumahku Syurgaku
  11. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
  12. Jabatan Pelajaran Melaka
  13. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Melaka
  14. Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka
  15. Nak Niaga Enterprise (MARDI)
  16. Janji Gitu (MARDI)
  17. Unit Penyelidikan Pembangunan (R&D), Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan
  18. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
Program akan bermula pada jam jam 8 pagi hingga 12 tengah malam. Pastinya menjanjikan kemeriahan dan kehangatan sepanjang hari.

BERSAMA-SAMA KITA MEMERIAHKAN SUASANA DISANA


Posted by BPSM JKMM Posted on 2:58:00 pm |

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA : TEMUDUGA PENGHULU GRED NP 27


Temuduga jawatan Penghulu Gred NP27 di bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini  sedang dijalankan mulai 25 Mac 2013 sehingga 27 Mac 2013 di Pusat Temuduga SPA, Bangunan Jaya 99 Melaka. Calon-calon yang memohon boleh menyemak panggilan temuduga di laman sesawang rasmi SPA iaitu  www.spa.gov.my.

Kepada semua yang dipanggil temuduga,

SEMOGA BERJAYA!
"1 Million Women Purple Walk" telah diadakan serentak di seluruh negara pada 17 Mac 2013. Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah melancarkan program ini di peringkat negeri Melaka yang bertempat di Dataran Pahlawan. Kumpulan koir gabungan daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Majlis Perbandaraan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengadakan persembahan di program tersebut.








Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima lawatan kerja dari Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan pada 14 Mac 2013. SUK Melaka telah membawa rombongan dari SUK Kelantan untuk makan malam bersama di Ikan Bakar Parameswara, Umbai. Selesai makan malam, rombongan SUK Kelantan dibawa menikmati pemandangan waktu malam sepanjang Sungai Melaka.

















Posted by BPSM JKMM Posted on 11:02:00 am |

TAHNIAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA!

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah memenangi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Pejabat dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM2000. Tahniah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia!



Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menerima kunjungan daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 13 Mac 2013. Semoga lawatan ini serba sedikit dapat memberi manfaat di jabatan anda. Terima kasih.










Unordered List